Thursday, December 5, 2013

kisah sentap-menyentap

bergurau, usik-mengusik.
sorang terlebih sensitif, jadi terasa hati.
update kat Facebook, sound indirect kononnya.
yang di-sound rasa macam nak update jugak.
tapi sebab malas nak panjang cerita, update kat blog saja.
ye, akulah tu yang update kat blog.
almaklum, mulut laser memang orang senang nak terasa hati.
tapi masa kau bermulut laser, kau tak perasan pulak.
atau mungkin kau 'pengsan' masa tu?
duhhh, whatever.
aku tak dendam,
tapi jangan ditanya kenapa aku tak bergurau-senda dengan kau lagi lepas ni.


p/s: pengsan = tak sedar

Tuesday, November 26, 2013

Setelah sekian lama...

Fuhhhh.... Kalau blog adalah rumah, dah tinggi lalang, bersemak-samun segala. Lama sangat tak ber-update. Malas is one of my middle name.

Okay, update style Amziah...

1) Semalam telefon 100 buat report telefon takde bunyi, modem pulak rosak - semua lampu tak menyala. Dah cakap dah kat CSR "semua lampu tak menyala & dah test kat power soket lain pun sama", boleh jugak nak tanya lagi "are you sure miss?". Eh tak nak percaya pulak. Bawak modem ni pergi Plaza Vads kang... Oh, aku memang pilih English kalau call 100, saje.
2) Tadi technician datang masa aku baru nak masak. Sejam lebih baru settle. Wall soket burnt kena lightning, modem rosak. Tapi settle lepas beliau panjat tiang telefon repair apa tah. Dan sebab aku busy goreng ikan, aku lupa pasang kipas dan hidang air. Kesian beliau berpeluh-peluh 2,3 kali bawak kereta berulang rumah aku dan kabinet TM tu. Ye, aku memang selalu hidang air bila technician datang.
3) Aku tak faham kenapa bila aku kat kampung aku selalu tidur awal. Baru minum kopi half cawan pun dah boleh terlelap. Cuba kalau kat puchong. Minum kopi half cawan tak lelap-lelap sampai pagi.
4) Masa nak goreng nasi pagi tadi, aku potong kacang panjang. Tiba-tiba teringat amziah punya update kata dia sembang dengan aini pasal aku potong sayur kena sama saiz. Lamaaaa aku tenung kacang yang dah dipotong tu, then cakap "okay fine aziah, fine!"
5) Dah lama tak exercise. Kasut jogging dah berhabuk banyak. Setiap hari berazam nak exercise tapi tak buat pun. Nak jogging kat taman, aku takut kalau anjing lain selain johnny join. Nangis nanti.
6) Haritu housemates makan durian. Gila busuk. Aku spray air wick kat tingkat atas dan dalam bilik, daripada setengah botol sampai tinggal suku je, masih tak hilang bau. Terus nekad nak beli lilin aromaterapi.
7) Rasa macam dah agak lama tak online shopping. Gigil tahan nafsu. Kupon fashionvalet tak redeem lagi ni. Memang tunggu gaji. Sabarrrr hati sabarrrr.
8) Haritu pergi interview SPA. Dalam surat tulis keputusan keluar 25/11. Aku ni nervous je menunggu result sekali sampai sekarang pun takde lagi resultnye. Dasar janji dicapati!
9) Beberapa hari lepas dapat jerawat sebijik. Besar. Lokasi betul-betul tengah-tengah antara dua kening. Kawan sepejabat cakap macam India punya tanda kat dahi. Biadap. Ni baru nak surut.
10) Bulan lepas aku belikan ayah handphone. Tapi harapkan anak-anak yang tolong cas bila bateri habis. Padahal torchlight beliau yang bateri tak sempat nak habis, almost 2-3 hari sekali beliau caskan. Bila berjalan, handphone tinggal kat rumah jugak. Tak faham la beliau ni.

Okay, cukup lah tu. Ada mood rajin lagi nanti aku update. Bye

posted from Bloggeroid

Monday, May 20, 2013

Segala rasa bercampur-aduk tapi tak terluah. Dalam hati dah menyusun kata-kata tapi tak mampu nak dituturkan. Takut terluka, takut tersalah kata. Paling besar, takut untuk terima hakikat nyata.

Semakin meningkat usia, semakin tak pandai meluahkan kata-kata. Lain yang disusun, lain yang diucapkan.

Nak dilepaskan pergi, tak mampu nak tanggung sendiri. Nak disimpan di sisi, melukakan diri.

Bertahun kata pada diri, biarkan masa menentukan. Tapi semakin lama semakin takut nak terima realiti.




Lepas bertahun, air mata sebagai hadiah.

Hati masih menyayangi, tapi diri masih disayangi lagikah?

Diam tanpa kata, penghujungkah?
posted from Bloggeroid

Sunday, May 19, 2013

dua puluh lapan

selamat ulang tahun kelahiran untuk diri sendiri.
happy always. ironinya...

anyway, terima kasih Mak kerana melahirkan orang. at this moment, I missed you the most. if you are still around, I will not cry by myself right now. how I wish that I can fulfill your dream.

Thursday, April 4, 2013

Tribalistik...saya datang ni!

Tribal season dah nak habis dah, kita baruuuuu nak cuba-cuba berjinak. Selalu macam tu tau.. Dah habis trend, barulah saya sibuk-sibuk nak cuba. Sangatlah outdated saya ni. Wuuuuu



Gara-gara menunggu bas terlalu lama, dapat sehelai tudung, sehelai selendang dan sehelai blouse. Ikutkan hati macam nak beli berhelai-helai tudung dan selendang sebab semua colour, semua corak pun cantik tapi sabarrr.

Kalau lepas try selendang dan tudung ni rasa best, ahad nanti pasti beli lagi. Apatah lagi kakak penjual tu sooo sweet-talker, siap panggil kita Darling okayyy. Boyfriend kita pun tak pernah panggil kita darling tau. Nampak sangat I is kekurangan kasih sayang...iskk.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 23, 2013

Earth hour sangattt...

Bekerja menghadap komputer dalam gelap adalah sangaaatttt tak efisien. Memanglah nak menyokong kempen Earth Hour, tapi sakit oiii mata nak memandang skrin.






posted from Bloggeroid

Saturday, February 9, 2013

If tomorrow comes...



Beli buku yang sama untuk kali kedua sebab ter-sangat suka cerita ni. Buku yang beli masa first time tak tahu dah pergi ke mana, migrate mungkin. Maka gigih jugak la beli yang baru.

Buku ni dah lama published. First published dalam 1985, 1986 camtu. Penulisnya pun dah rest-in-peace. Yang baru beli ni tahun 2005 kot published. Ingatkan murah sikit la harganya. Tidak ye... Harga masih sama. Wuuuu...

Best woh semua novel Sidney Sheldon ni. Yang title If Tomorrow Comes ni antara highly recommended. Lagi satu yang best adalah Master of the Game. Cuma kena bertabah sikit untuk baca sebab tebal. Saya tak kisah sebab best!

posted from Bloggeroid

Friday, February 8, 2013

Malam yang indah..

Tajuk...tak boleh pergi.

Saja nak upload gambar tempat tidur. Baru ada rupa tempat tidur. Sebelum nih macam tempat berkubang je. Huhu.



Iye, banyak kan bantal? Padahal bangun-bangun tidur tengok dah bersepah tercampak-campak je bantal tu. Nantilah kalau beli katil besar sikit mungkin muat kot.

Oh..langsir baru tukar tadi.



Konon-konon semangat nak celebrate CNY tapi tersalah tema pulak. Hmm.. Warna langsir makin gelap, macam makin liat je nak bangun tidur lepas ni. Huhu

Okay, nak tidur. Letih pinggang mengemas bilik. Nite!

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 29, 2013

Jar of hearts



Marshmallows! Bought by dear daddy. Macam comel je. Hew hew hew.

posted from Bloggeroid

Cheesecake in da house



This is the result of curing own heart - chilled oreo cheesecake.

When you felt hurt or down, and no one to turn to or no one want to layan/pujuk except yourself, go and cook/bake. Sure it will heal your heart slowly. But careful, if the result is horrible, it will make you feel down more! Hehehe.

In my case here, I felt better. And of course my cheesecake tastes yummy!

posted from Bloggeroid

Monday, January 28, 2013

Cuti menghilangkan stress kononnya...

I had longed to get this 1 week getaway from my work. I've been thinking to rest, leave the stressful life at Puchong and enjoy whatever I had in my kampung here.

I only enjoy it for 3 days.

And now, I'm more stressful than before. bercelaru sangat. too many things in my mind. there are things that made me hurt and there are things that made me feel like giving up everything. kotak simpanan dah menipis.



No matter what, I kept telling myself "Be strong. you are not a kid anymore, so don't do stupid stuffs"

Sunday, January 20, 2013

Yang patah belum tentu boleh tumbuh semula

Lama tak ber-jiwang...


Masak lauk kalau rasa tawar, boleh jugak tambah-tambah garam bagi ada rasa.
Kalau hati yang tawar, nak tambah perasa ape?


Luka kalau dekat tangan boleh jugak balut ke, tampal dengan plaster ke..
Kalau luka dalam hati, nak jahit ke?


Jahit sekali, nice. Jahit dua kali, okay. Jahit banyak kali kat tempat sama, ape niii...... (T_T)


Hidup ni bukan semua decision kat tangan kita sendiri. Kadang-kadang tak nak terima pun tetap kena terima jugak. Fine...

Haishh..dah banyak lepaskan rasa marah di tempat kerja sampai dah tak mampu nak rasa marah dengan personal life. Tapi kan, hati I is veryyy sensitif sekarang tau. Kalau stress takde nak marah, tapi macam asyik nak nangis je. Nyampahlah, macam dah menopos pulak. Tak jadi la nak jiwang-jiwang.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 17, 2013

Spageti vs maggi

Few days ago rasa teringin sangat nak makan spageti. Walaupun nak buat senang je tapi sebab malas nak pergi beli bahan, terus order kat Pizza Hut.

Ni laaa...


Sedappp! Banyak pulak tu kuah bolognese tu, sampai kena berjimat-jimat spageti pulak.

Malam (pagi sebenarnya) ni lepas kemas bilik sikit-sikit rasa lapar pulak. The only thing yang ada cuma ini saje.....




Jadi laaa...itadakimassssss!

posted from Bloggeroid

Friday, January 11, 2013

Kulit baru

Malas nak karang ayat introduction panjang-panjang, cuma nak bagitahu S2 saya dah ada kulit baru.

Sila tengok bawah...












Tadaaaa!
Hello kitty yay!

Beli masa jalan-jalan dalam Dataran Pahlawan Megamall. The only souvenir aku beli sepanjang 3 hari pergi trip ke Johor & Melaka. Susahnya nak cari casing untuk S2 sekarang ni. Asyik jumpa casing iPhone je. Benci tau pilih kasih macam ni. Grrrr!

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 9, 2013

Konklusi...

I just got back from trip to Johor & Melaka. Nothing special. No Legoland as too pricy for us. Kehkehkeh. Craving for something Johor-ish food tapi the tourist guide & the organizer macam tak ter-organize pun. Ruginya tak dapat rasa laksa johor..nasi ambeng..etc.

Trip yang agak bosan but luckily ada few friends yang sekepala ikut sekali. Kalau takde mereka, boleh mati kutu kot. Urghh..

Okay next time kalau free update lagi. Tata!

posted from Bloggeroid

the first

Daisypath Next Aniversary Ticker

the second

Daisypath Anniversary tickers