Friday, January 28, 2011

25th January

25th January is my sister's birthday.

25th January also the day my mother passed away.



i missed you mak.....


Friday, January 14, 2011

ada apa dengan rindu

Lately saya jarang2 sangat nak update tentang perasaan jiwang2 nih. masa muda2 dulu ada la jugak. sekarang sudah tua, tahun nih bakal 26tahun. dem, cepat sungguh masa berlalu. time muda2 asal rasa rindu sikit, nak update dalam blog. jiwang sikit2 pun nak update jugak. sekarang dah dewasa (tak nak guna dah tua, nampak macam makcik pulak), dah pandai nak segan2 kalau nak tulis rindu2, jiwang2 kat blog. malu kalau orang lain baca atau tahu padahal sape sangatlah nak baca blog nih.

Tapi....................... malam nih bagi excuse kepada diri sendiri, sebab perasaan rindu sangat banyak, membuak2 macam air yang menggelegak dalam cerek kat atas dapur. aww.... so hot! haha macam gedik je bunyi. but hey, i'm human, i'm normal. so, rindu itu normal okay. rindu pada kesayangan saya, Encik Fikri. banyak minggu dah tak dapat jumpa, kalau jumpa rasa mahu tampar2. haha gila kejam. tak, tak itu cuma cakap2 kosong saje. saya tak pernah lagi tampar beliau.

Cakap banyak2 bukan boleh hilang rindu pun. dahla, nak tidur. untung2 mimpi Ashraf Muslim. eh tadi rindu sekarang curang. haha


p/s: dengan mak tak rindu sangat sebab baru haritu jumpa emak, tidur pun sama2 dengan emak.


rasa mahu tampar pulak bila tengok gambar nih. haishhhh

Saturday, January 1, 2011

welcome 2011

tepat 12 tengah malam tadi, kami masih dalam Vads, baru nak log-out. eh tipu, jam Vads lewat beberapa saat (Vads dengki tak nak kami balik awal). mana saya tahu? sebab bunga api kat e-Curve dah letup2, tapi jam PC kami masih 11.59pm.

nak celebrate new year sambil tengok bunga api, itu memang tidak pernah masuk dalam "Senarai Aktiviti Malam Tahun Baru" saya. tapi saya enjoy tengok bunga api daripada tingkat 12A Vads. nampak bunga api di e-Curve, KLCC dan 2 lagi tempat yang tak dikenal-pasti. hebat rupanya scene daripada Vads nih. tengok bunga api daripada jauh memang seronoklah. cuba tengok daripada dekat, memang meroyanlah jawabnya. sebab saya benci bunyi bising apetah lagi bunyi yang meletup2 nih. kalau kahwin, taknak kompang boleh? eh, tiba2.

selalunya setiap tahun mesti ada azam baru. ataupun azam tahun2 lepas yang di-recycle sebab tak pernah tercapai. ke saya je yang selalu macam tu?? okaylah, tahun nih taknak lah berazam berbagai2 macam tahun lepas. cuma..cuma.. saya mahu sayang awak dan kamu2 setiap hari. nampak sangat sebelum nih tak sayang setiap hari. hoho

dan.. dan.. saya mahu mengurangkan tahap kemarahan & ke-sensitif-an saya terhadap insan2 tertentu. eh, tapi kan, bukan kadar sentiviti tu berkadar terus dengan kasih sayang ke? macam dalam graf nih kan?



okay graf nih saya saja2 reka ikut perasaan sendiri, sila jangan terlalu percaya. nak percaya sikit2 takpe.

enough merapu. mari tidur awal supaya esok boleh bangun awal untuk buat nasi goreng. hoho. selamat malam sayangku sekalian.

the first

Daisypath Next Aniversary Ticker

the second

Daisypath Anniversary tickers