Saturday, October 8, 2011

random video: pancaragam best

masa sekolah dulu aku agak suka jugak tengok pancaragam. 1st live pancaragam yang aku pernah tengok depan mata adalah performance daripada students Sekolah Henry Gurney yang dijemput khas untuk perform kat sekolah aku. Sekolah Henry Gurney ni kan memang famous dengan background students dia, siap ada polis escort and jaga okay sepanjang masa diorang ada kat sekolah aku masa tu. but, seriously, performance diorang memang mantap giler.

just now aku terjumpa video pasal pancaragam Ohio University. aku jumpa kat sini. serius best. macam yang admin blog ni cakap, bukan senang nak mainkan lagu ni menggunakan alat-alat pancaragam dan dengan total students yang involved untuk performance nih. part paling cute aku rasa masa yang diorang ramai-ramai turn around and goyang punggung diorang. aku gelak okay masa part ni. nampak cute sebab diorang buat ramai-ramai, dengan gaya macam slow-motion.

aku rasa, kalau aku tengok performance macam nih masa aku masih bergelar student SIS dulu, mungkin aku akan join bergoyang jugak.

okay, enjoy la!

Tuesday, October 4, 2011

fun facts: ikan emas

anyone ada bela ikan emas? cute kan? fine, aku tak bela ikan emas, tapi aku suka tengok beliau berenang-renang. kan selalu orang bela kat dalam balang bulat tu kan? lepas tu ikan emas tu pun bulat jugak. cute je. well, ada je yang slimmer version, tapi aku prefer yang bulat sebab lebih cute.

gambar: kredit to http://chibird.tumblr.com

aku pernah terbaca yang ikan emas nih memori dia just 3 saat je. tak tahu nak kesian ke tak dengan fakta nih. then lately terbaca yang ikan emas punya memori ni sebenarnya dalam 3 bulan. okay, tak jadi nak kesian dah. 

by the way, kalau kau nak bela ikan, jangan la just letak dalam balang macam kat dalam gambar tu. kesian beliau. at least letak la dalam akuarium kecil yang ada rumpai-rumpai sikit, buat la dekorasi sikit. bukan kau je yang nak rumah kau ada deko okay?

Sunday, February 13, 2011

13 February 2011

today is mum's 47th birthday. it's supposed to be her 47th birthday. let me share some details about my mum. read on...

-her name is Maya. yes, ade 4 huruf saje. sweet kan? sangat hebat tau nenek i bagi nama anak dia macam tu. untuk orang kampung yang tak pernah duduk bandar, lahir pulak tahun 60-an, nama tu dah kira sangat moden okay? mak korang dapat nama glamour macam nih? takde kan.. tahniah pada nenek sebab kreatif. anak2 perempuan yang lain pun biase2 je, nama mak i sorang je yang glamour.

-sebab nama mak adelah Maya, maka beliau kadang2 suka berlagak dengan anak2 perempuan sendiri. ayat favorite adelah "nama mak glamor, nama korang biasa2 je" diikuti dengan gelak puas hati. padahal nama i dan Adik nih, mak jugak yang bagi. saje bagi nama tak glamour kat kitorang kan...

-mak memang garang. ambil gambar pun muka nak garang2, taknak senyum lebar2. tapi makin dah tua, anak2 dah besar, makin dah kurang sikit garang dengan anak2, cuma tetap garang dengan ayah. haha, macam tak percaya mak suka garang2 dengan ayah. tapi ayah suka buat2 tak tahu time mak garang2 dengan ayah. sudahnye mak akan give-up sendiri. tapi kan, anak2 saudara mak kebanyakkannya tetap suka kat mak walaupun mak garang dengan diorang, especially anak2 maksu. kalau balik kampung, bangun tidur dengan tak mandinya, terus datang rumah kitorang sebab nak makan breakfast mak. terbaikk!

-i memang mewarisi sebijik2 perangai mak. garang, banyak cakap, cepat marah (dan cepat cool semula), kurang matang, suka bergaya, suka berbelanja (tapi mak lebih penjimat daripada i). cuma bab pandai memasak je tak turun kat i. iskk... T_T . physically, muka ade la iras2 dengan mak, dah nama pun anak sediri kan. tapi bab muka, adik perempuan i lagi hebat sebab dia adelah acuan sebijik dengan muka mak. muka i adelah acuan mix muka mak dan ayah.

picture taken together with mak at LCCT, masa hantar adik balik Sabah. notice how small our feet are? yes, we were born with small feet. except for Adik, her feet are bigger than us. we used to call kaki Adik as kaki gergasi. haha



tak pernah terlintas dalam fikiran yang mak akan pergi secepat ni. based on age, mak masih muda kot. but, yelah, it's what we called takdir.

if i can have more time to spend with her, bet i'll give anything to have it. okay, i'm starting to cry now. better stop this entry right away. bye.



p/s: i missed everything about you mak. 26years are never enough for me.

Friday, January 28, 2011

25th January

25th January is my sister's birthday.

25th January also the day my mother passed away.



i missed you mak.....


Friday, January 14, 2011

ada apa dengan rindu

Lately saya jarang2 sangat nak update tentang perasaan jiwang2 nih. masa muda2 dulu ada la jugak. sekarang sudah tua, tahun nih bakal 26tahun. dem, cepat sungguh masa berlalu. time muda2 asal rasa rindu sikit, nak update dalam blog. jiwang sikit2 pun nak update jugak. sekarang dah dewasa (tak nak guna dah tua, nampak macam makcik pulak), dah pandai nak segan2 kalau nak tulis rindu2, jiwang2 kat blog. malu kalau orang lain baca atau tahu padahal sape sangatlah nak baca blog nih.

Tapi....................... malam nih bagi excuse kepada diri sendiri, sebab perasaan rindu sangat banyak, membuak2 macam air yang menggelegak dalam cerek kat atas dapur. aww.... so hot! haha macam gedik je bunyi. but hey, i'm human, i'm normal. so, rindu itu normal okay. rindu pada kesayangan saya, Encik Fikri. banyak minggu dah tak dapat jumpa, kalau jumpa rasa mahu tampar2. haha gila kejam. tak, tak itu cuma cakap2 kosong saje. saya tak pernah lagi tampar beliau.

Cakap banyak2 bukan boleh hilang rindu pun. dahla, nak tidur. untung2 mimpi Ashraf Muslim. eh tadi rindu sekarang curang. haha


p/s: dengan mak tak rindu sangat sebab baru haritu jumpa emak, tidur pun sama2 dengan emak.


rasa mahu tampar pulak bila tengok gambar nih. haishhhh

Saturday, January 1, 2011

welcome 2011

tepat 12 tengah malam tadi, kami masih dalam Vads, baru nak log-out. eh tipu, jam Vads lewat beberapa saat (Vads dengki tak nak kami balik awal). mana saya tahu? sebab bunga api kat e-Curve dah letup2, tapi jam PC kami masih 11.59pm.

nak celebrate new year sambil tengok bunga api, itu memang tidak pernah masuk dalam "Senarai Aktiviti Malam Tahun Baru" saya. tapi saya enjoy tengok bunga api daripada tingkat 12A Vads. nampak bunga api di e-Curve, KLCC dan 2 lagi tempat yang tak dikenal-pasti. hebat rupanya scene daripada Vads nih. tengok bunga api daripada jauh memang seronoklah. cuba tengok daripada dekat, memang meroyanlah jawabnya. sebab saya benci bunyi bising apetah lagi bunyi yang meletup2 nih. kalau kahwin, taknak kompang boleh? eh, tiba2.

selalunya setiap tahun mesti ada azam baru. ataupun azam tahun2 lepas yang di-recycle sebab tak pernah tercapai. ke saya je yang selalu macam tu?? okaylah, tahun nih taknak lah berazam berbagai2 macam tahun lepas. cuma..cuma.. saya mahu sayang awak dan kamu2 setiap hari. nampak sangat sebelum nih tak sayang setiap hari. hoho

dan.. dan.. saya mahu mengurangkan tahap kemarahan & ke-sensitif-an saya terhadap insan2 tertentu. eh, tapi kan, bukan kadar sentiviti tu berkadar terus dengan kasih sayang ke? macam dalam graf nih kan?



okay graf nih saya saja2 reka ikut perasaan sendiri, sila jangan terlalu percaya. nak percaya sikit2 takpe.

enough merapu. mari tidur awal supaya esok boleh bangun awal untuk buat nasi goreng. hoho. selamat malam sayangku sekalian.

the first

Daisypath Next Aniversary Ticker

the second

Daisypath Anniversary tickers