Saturday, January 1, 2011

welcome 2011

tepat 12 tengah malam tadi, kami masih dalam Vads, baru nak log-out. eh tipu, jam Vads lewat beberapa saat (Vads dengki tak nak kami balik awal). mana saya tahu? sebab bunga api kat e-Curve dah letup2, tapi jam PC kami masih 11.59pm.

nak celebrate new year sambil tengok bunga api, itu memang tidak pernah masuk dalam "Senarai Aktiviti Malam Tahun Baru" saya. tapi saya enjoy tengok bunga api daripada tingkat 12A Vads. nampak bunga api di e-Curve, KLCC dan 2 lagi tempat yang tak dikenal-pasti. hebat rupanya scene daripada Vads nih. tengok bunga api daripada jauh memang seronoklah. cuba tengok daripada dekat, memang meroyanlah jawabnya. sebab saya benci bunyi bising apetah lagi bunyi yang meletup2 nih. kalau kahwin, taknak kompang boleh? eh, tiba2.

selalunya setiap tahun mesti ada azam baru. ataupun azam tahun2 lepas yang di-recycle sebab tak pernah tercapai. ke saya je yang selalu macam tu?? okaylah, tahun nih taknak lah berazam berbagai2 macam tahun lepas. cuma..cuma.. saya mahu sayang awak dan kamu2 setiap hari. nampak sangat sebelum nih tak sayang setiap hari. hoho

dan.. dan.. saya mahu mengurangkan tahap kemarahan & ke-sensitif-an saya terhadap insan2 tertentu. eh, tapi kan, bukan kadar sentiviti tu berkadar terus dengan kasih sayang ke? macam dalam graf nih kan?



okay graf nih saya saja2 reka ikut perasaan sendiri, sila jangan terlalu percaya. nak percaya sikit2 takpe.

enough merapu. mari tidur awal supaya esok boleh bangun awal untuk buat nasi goreng. hoho. selamat malam sayangku sekalian.

2 comments:

Unknown said...

hak3..ske bler ko merapu..teringt mse serumah sewe dulu..ngeee

elle said...

tu baru merapu sikit.... tak baca lagi kalau aku merapu banyak. hoho

the first

Daisypath Next Aniversary Ticker

the second

Daisypath Anniversary tickers